PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru penyokong yang mempunyai maklumat mengenai pemain warisan wanita untuk berkongsi dengan badan induk itu mengenai pemain yang boleh beraksi bersama Malayan Tigress bagi meningkatkan kualiti skuad kebangsaan.
Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob semasa Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) di Wisma FAM, Petaling Jaya pada Selasa.
Menurut Suraya, skuad kebangsaan wanita kini kekurangan maklumat mengenai pemain warisan kerana tiada ‘headhunter’ atau pemburu bakat seperti pasukan lelaki.