ISU pengurusan padang di Stadium Perak, Ipoh terus menjadi bahan bualan hangat susulan masalah itu menjadi punca aksi Liga Super antara skuad The Bos Gaurus (TBG) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditangguhkan.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu itu terpaksa diadakan pada tarikh berbeza akibat keadaan padang tidak mengizinkan berpunca daripada sistem perparitan tidak terurus.
Masalah berkenaan terus menjadi bahan pertelingkahan antara kedua-dua pasukan apabila masing-masing berasakan skuad Harimau Selatan sebagai pelawat sengaja mengambil langkah tersebut tanpa memikirkan perasaan mereka yang hadir ke venue perlawanan.