KAPTEN Johor Darul Takzim (JDT), Jordi Amat menegaskan dia dan rakan sepasukan tidak sesekali selesa dengan prestasi semasa Harimau Selata,n sebaliknya akan memperbaiki kelemahan yang ada dalam setiap perlawanan yang diharungi.
Jelas tonggak pertahanan berusia 31 tahun itu, dalam bola sepak setiap perlawanan adalah sesi pembelajaran dan JDT sentiasa berusaha untuk muncul antara kuasa besar di rantau Asia, lapor Stadium Astro.
Mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Perak di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis, Jordi percaya pasukannya berada di laluan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang diraih musim lalu.