TONGGAK pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar percaya Selangor FC di landasan tepat untuk menamatkan saingan Liga Super 2023 di kedudukan kedua terbaik.
‘Afro’ bagaimanapun, menganggap ia bukanlah satu tugas mudah memandangkan pencabar terdekat Gergasi Merah, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) juga pastinya memburu tempat ke pentas Asia musim depan, lapor Stadium Astro.
Pemain berusia 23 tahun itu turut belum berpuas hati dengan prestasinya musim ini dan sentiasa bertekad memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan.