ARENA bola sepak tempatan digemparkan dengan pendedahan kononnya sebuah kelab ternama Liga Super melakukan pemalsuan dokumen bagi ‘memudahkan’ proses dokumentasi perlesenan kelab mereka.
Menurut sumber Majoriti, kelab difahamkan berlokasi di Lembah Klang itu meminta seorang bekas kakitangan untuk menjadi individu yang melengkapkan proses berkenaan bagi perlesenan kelab termasuk memohon lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Isu pemalsuan dokumen itu juga rupa-rupanya sudah sampai ke telinga penyokong dengan sebahagian pengikut pasukan berkenaan bertanyakan situasi tersebut kepada pemilik kelab terbabit.