BUMI Indonesia menjadi saksi bersejarah buat bekas pemain import Penang FC, Christian Rontini yang dilaporkan baharu selesai menjadi saudara baharu selepas memeluk agama Islam pada Selasa.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pemain campuran Filipina-Itali itu di laman Instagram peribadinya sambil memuat naik beberapa gambarnya memakai jubah berwarna putih dan ditemani oleh beberapa rakannya.
Rontini difahamkan mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Raya Al-A’zhom di Kota Tangerang, Jawa Barat, Indonesia yang mana ketika ini juga dia sedang melebarkan kariernya bersama kelab Liga 1 Indonesia, Persita Tangerang.