KETIKA ini, beberapa pasukan Liga Super sedang sibuk mencari pengendali baharu bagi menambah baik kedudukan mereka dalam carta selepas separuh musim 2024/25 dihadapi.
Selangor FC merupakan kelab terbaru yang mengalami perubahan barisan kejurulatihan selepas Nidzam Jamil mengambil keputusan meletakkan jawatan pada penghujung Oktober lalu.
Mereka sudah tentu sibuk mencari pengganti kerana perlu mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two selain sedang memburu slot ke pentas Asia buat tahun kedua berturut-turut.