PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, bakal berdepan ujian getir apabila bertemu Kenta Nishimoto dari Jepun dalam pusingan kedua Terbuka Switzerland di Basel, Switzerland pada Khamis.
Atlet berasal dari Kuala Lumpur itu berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas mengharungi pertarungan sengit menentang pemain Jepun, Koo Takahashi pada aksi pembukaan pada Rabu dengan mencatat kemenangan tipis 21-19, 22-20 dalam masa 54 minit.
Ia juga merupakan kemenangan yang menaikkan semangat Jun Hao selepas tersingkir awal di All-England minggu lalu, apabila dia tumbang kepada juara bertahan Jonatan Christie pada pusingan pertama.