CABARAN berliku menanti Terengganu FC dalam usaha mereka untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Hal ini kerana, kekalahan 0-4 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri jelas sukar untuk skuad Penyu kembali semula terutamanya apabila beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.
Ramai menganggap langkah Terengganu di Piala Malaysia sudah terhenti, tidak kurang juga yang sekadar berharap skuad Penyu bermain dengan baik dan tewas dengan bermaruah.