KEJAYAAN Fandi Ahmad membawa Sri Pahang FC muncul naib juara Piala Malaysia telah melonjakkan namanya dan kini legenda bola sepak Singapura itu dikaitkan dengan kemungkinan menyertai Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk musim depan.
Meskipun masa depan Sri Pahang FC masih belum pasti, Fandi dikatakan menjadi calon untuk menggantikan Miroslav Kuljanac sebagai pengendali KL City. Namun, buat masa ini, ia masih kekal sebagai khabar angin.
Fandi pernah mencipta legasi besar ketika membantu Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989 serta mempunyai pengalaman luas dalam Liga M.