TIBA dengan reputasi tersendiri tidak menjanjikan apa-apa jika seseorang pemain itu gagal untuk menyesuaikan diri bersama pasukan baharu sehingga akhirnya namanya hanya disenaraikan sebagai pemain gantian sahaja.
Situasi berkenaan berlaku kepada dua bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jalil Elias dan Takahiro Kunimoto yang sekadar muncul dalam beberapa perlawanan sahaja sebelum kedua-duanya memilih untuk mengucapkan selamat tinggal.
Menyentuh kisah Jalil yang tiba dengan tag pemain termahal dalam skuad Harimau Selatan pada musim 2024/25, gaya permainan tonggak antarabangsa Syria itu bagaimanapun kurang berjaya memikat Hector Bidoglio.