NAMA pemain pertahanan Singapura, Irfan Fandi tiba-tiba menjadi sebutan selepas dia dilaporkan akan dilepaskan oleh kelab Thailand, Port FC pada akhir musim 2024/2025.
Ia membuatkan pemain itu bebas menyertai mana-mana kelab musim depan dengan Liga Super boleh menjadi destinasinya.
Beberapa kelab dilihat sesuai untuk mendapatkan khidmat Irfan walaupun mungkin, gajinya agak ‘keras’.