TIDAK dapat disangkal bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya mempunyai kecenderungan untuk membawa masuk pemain berdarah Sepanyol, lebih-lebih lagi mereka yang pernah beraksi dalam arena bola sepak di negara Eropah tersebut.
Jordi Amat, Natxo Insa dan Christian Abad merupakan antara contoh terbaik untuk menceritakan hal itu kerana masing-masing memiliki pengalaman tersebut sebelum menyertai skuad Harimau Selatan.
Malah, dalam perkembangan terbaru, juara bertahan Liga Super itu turut disebut-sebut bakal diperkuatkan import dari Sepanyol, namun masih belum disahkan setakat ini.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
BACA LAGI: [VIDEO] Dari budak Milo ke penjaring Bundesliga, kenali prospek Bayern Munich
BACA LAGI: [VIDEO] Salah timing, aksi ref kena rempuh curi tumpuan di Bundesliga
Skuad Harimau Selatan dibarisi pemain dengan pengalaman beraksi di Sepanyol. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Hal tersebut pasti dicemburui pasukan tanah air yang lain, terutamanya Selangor FC yang juga mahu memiliki identiti dalam membawa masuk pemain luar negara pada setiap jendela perpindahan.
Namun, mereka tidak perlu mengikut acuan JDT yang gemar menyambar pemain yang pernah beraksi di LaLiga atau divisyen lebih rendah di Sepanyol kerana import dengan pengalaman di Bundesliga juga cukup bersesuaian.
Lebih menarik lagi, skuad Gergasi Merah memiliki pilihan untuk mencari import dengan pengalaman di liga Jerman itu yang kini sedang mewarnai arena bola sepak sekitar Asia Tenggara.
1. Mitsuru Maruoka (Bali United)
Ketika ini, pilihan pengendali Selangor FC, Katsuhiro Kinoshi di posisi tengah tidak berdepan sebarang masalah kerana hampir kesemua daripada pemain dimiliki mempunyai kualiti memuaskan.
Namun, nama-nama seperti Yohandry Orozco dan Noor Al-Rawabdeh berkemungkinan perlu ditunjukkan jalan keluar berikutan masalah kecederaan yang kerap membelenggu mereka.
Jadi, sekiranya pihak pengurusan kelab mahu mencari pengganti, Mitsuru Maruoka yang beraksi di Indonesia bersama Bali United merupakan antara calon relevan untuk dibawa masuk.
Maruoka merupakan pemain tengah Bali United ketika ini. — Instagram/Mitsuru Maruoka
Berdasarkan rekod musim ini, pemain kelahiran Jepun itu tampil dalam 17 daripada 20 perlawanan Liga 1 dengan dua gol dan dua bantuan jaringan berjaya dicatatkan.
Kecergasan dikekalkan sepanjang kempen selain pengalaman beraksi di Jerman bersama Borussia Dortmund sememangnya diharapkan mampu membawa nilai tambah buat skuad Gergasi Merah.
Malah, perpindahan itu juga mudah untuk direalisasikan kerana Maruoka pasti sukar menolak peluang menimba pengalaman di bawah Katsuhito kerana faktor kenegaraan.
2. Lennart Thy (Lion City Sailors)
Sikap, personaliti dan ketumpulan Ronnie Fernandez sememangnya menimbulkan rasa kurang senang daripada penyokong yang mendesak pihak pengurusan Selangor FC membuat perubahan terhadap jentera serangan mereka.
Bagaimanapun, dengan terdapat lambakan pilihan termasuk sekitar Asia Tenggara, skuad Gergasi Merah sudah tentu mengalami kesukaran untuk membuat pilihan tepat.
Antara calon terbaik yang boleh dirisik kelab Lembah Klang itu ialah penyerang Lion City Sailors, Lennart Thy yang sudah merekodkan 15 gol daripada 17 penampilan Liga Perdana Singapura.
Lennart Thy merupakan antara penyerang prolifik dalam Liga Perdana Singapura. — Instagram/Lennart Thy
Meskipun catatan berkenaan tidak dapat menempatkannya dalam kelompok lima pemain teratas dalam carta penjaring, ia menceritakan kebolehannya untuk mendapatkan jaringan lebih banyak buat pasukan.
Selain itu, pengalaman penyerang kelahiran Jerman itu beraksi di Bundesliga buat Werder Bremen meningkatkan lagi saham peribadinya untuk cuba disambar Selangor FC.
Namun, mengikut maklumat semasa, Lennart Thy akan terikat dengan Lion City Sailors sehingga Jun 2026 yang akan memaksa skuad Gergasi Merah menebus kontraknya berdasarkan nilai pasaran semasa.
3. John-Patrick Strauss (Muangthong United)
Keputusan Selangor FC membawa masuk Mohamed Abualnadi pada jendela perpindahan kedua Liga Super menerima pujian ramai kerana pasukan berkenaan sememangnya memerlukan bek kiri baharu.
Namun, sehingga kini, Kinoshi masih belum menemui pemain terbaik di posisi itu sehingga memaksanya melakukan penggiliran antara Abualnadi, Fazly Mazlan atau Ahmad Zikri Khalili.
Jadi, andai kata pihak pengurusan mahu membawa masuk rekrut baharu untuk beraksi sebagai bek kiri, mereka boleh cuba mendapatkan John-Patrick Strauss yang kini bermain di Thailand buat Muangthong United.
Strauss boleh beraksi sebagai pemain tengah atau bek kiri. — Facebook/Muangthong United
Skuad Gergasi Merah juga sudah tentu sinonim dengan gaya permainannya kerana mereka pernah bertemu sebanyak dua kali dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two musim ini.
Lebih menarik lagi, dalam kedua-dua pertemuan itu, Strauss memikul peranan berbeza apabila beraksi sebagai bek kiri ketika perlawanan pertama sebelum diubah menjadi pemain tengah bertahan dalam aksi kedua.
Meskipun tidak pernah beraksi di Bundesliga, pemain berusia 29 tahun itu pernah didedahkan dengan landskap bola sepak di negara Eropah tersebut kerana sudah mengumpulkan 127 penampilan di divisyen kedua mereka buat FC Erzgebirge Aue dan FC Hansa Rostock. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram