JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) setelah meraih dua kemenangan berturut-turut.
Selepas memulakan kempen musim ini dengan kemenangan besar ke atas Gombak TOT United FC dengan keputusan 6-1, kini giliran Terengganu FA pula menerima nasib sama.
Dalam aksi diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada Sabtu, skuad Harimau Selatan jelas jauh meninggalkan pasukan Pantai Timur berkenaan.