JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yang `berwajah baharu’ tampak bersedia memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila dijadual berdepan Shanghai Port FC di Stadium Pudong, Shanghai, China pada Rabu.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu tampak lebih bersedia apabila berjaya membawa masuk enam muka bahawa iaitu Jorge Obregon, Enzo Lombardo, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Park Jun-heong dan penjaga gol, Andoni Zubiaurre.
Dalam pada itu, Hidoglio mahu agar barisan pemain yang bakal diturunkan harus lebih dinamik dan beraksi dengan corak permainan berintensiti tinggi walaupun tidak menolak bakal berdepan tugas getir pada perlawanan itu nanti.