MISTERI mengenai siapakah penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat bakal berakhir dengan kelab itu dilaporkan dalam usaha membawa nama besar bagi posisi tersebut.
Sebelum ini, timbul misteri mengenai pemain bertopeng hitam yang muncul dalam video pelancaran jersi baharu JDT.
Namun begitu, identiti pemain tersebut tidak dapat disahkan dengan pelbagai nama menjadi dipetik untuk menjadi pencabar Syihan Hazmi di pintu gol.