JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan kualiti mereka selaku juara Liga Super 2024/25 selepas tiada masalah untuk mendahului perlawanan menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad (16 Mac).
Anak-anak buah Hector Bidalgio mudah mendahului aksi Liga Super itu hasil dua jaringan tandukan oleh Eddy Israfilov yang menewaskan Sikh Izhan Nazrel.
Walaupun Penang ada melakukan beberapa serangan ke arah kubu pertahanan JDT tetapi ia mudah dipatahkan oleh pemain Harimau Selatan.