ISU sebuah kelab Liga Super berpangkalan di Lembah Klang melakukan pemalsuan dokumen bagi ‘memudahkan’ proses dokumentasi pelesenan kelab mereka semakin mendapat perhatian lagi-lagi musim tarikh akhir permohonan lesen sedang rancak berlangsung.
Sebanyak 13 kelab Liga Super musim 2024/2025 perlu menghantar dokumen sebelum 30 April ini, manakala pasukan yang ingin memohon Lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk musim hadapan pula sebelum 31 Mac.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan kelab itu didakwa melakukan pemalsuan dokumen membabitkan pendaftaran seorang pegawai yang kini bekas kakitangannya bagi pelesenan kelab termasuk memohon lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).