BEKAS pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi seolah-olah memberi bayangan akan kembali beraksi selepas berehat panjang apabila tidak berjaya menyertai mana-mana pasukan Liga Super musim ini.
Pemain naturalisasi kebangsaan itu tidak mendapat tempat di dalam mana-mana pasukan selepas kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim lalu tamat.
Walaupun dipinjamkan ke Terengganu FC pada musim lalu, pihak pengurusan Sang Penyu turut tidak berminat mendapatkan Liridon secara tetap meskipun pemain berusia 33 tahun itu berjaya membantu mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.