SKUAD kebangsaan nyaris melakar kejutan mengatasi China susulan kejayaan mengikat pasukan ranking ke-80 dunia selepas seri 1-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China pada Sabtu.
Keputusan seri menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan-gon kekal dengan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan antarabangsa sepanjang tahun ini.
Harimau Malaya yang berada di ranking ke-136 dunia membuat penyokong tuan rumah terdiam apabila mendahului perlawanan menerusi jaringan Faisal Halim, pada minit ke-11 selepas menerima hantaran Akhyar Rashid.