SETELAH menampilkan aksi meyakinkan ketika bertemu Syria pada Rabu, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon optimis skuad Harimau Malaya mampu memberi tentangan sengit berdepan China pada perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China pada Sabtu.
Jurulatih Korea Selatan itu berkata, pengalaman ketika membimbing pasukan Hong Kong menentang China sebelum ini, memberi pengalaman buatnya mengatur strategi untuk menewaskan skuad negara ‘Tembok Besar’ itu meskipun lawan mereka berada di ranking lebih tinggi.
“Saya mempunyai ingatan yang baik. Kami menentang China semasa saya mengendalikan pasukan kebangsaan Hong Kong. Saya rasa sepanjang masa anda tahu apabila kita berdepan dengan China, kita menghormati sepenuhnya tahap China.