LAZIMNYA selepas tamat karier bermain, pemain bola sepak lazimnya akan terus kekal dalam industri tersebut dengan menyertai pelbagai jawatan.
Ada yang terus terlibat secara terus dalam mana-mana pasukan seperti menjadi jurulatih atau pengurus. Malah, ada yang terlibat di luar lingkup sesebuah kelab dengan menjadi penganalisis di televisyen atau ejen pemain.
Itulah yang dilakukan oleh bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dengan dia kini bergelar ejen pemain selepas umum bersara pada Disember tahun lalu.