PEMAIN muda Indonesia, Pratama Arhan bakal mengikuti jejak langkah pemain senior negaranya, Irfan Bachdim dan Stefano Lilipaly beraksi di pentas tertinggi Liga Jepun iaitu J1 League pada musim depan.
Ia selepas pasukan yang diwakilinya, Tokyo Verdy berjaya meraih keputusan seri ketika bertemu Shimuzu Pulse pada aksi ‘play-off’ J2 League sudah cukup untuk memastikan mereka layak ke J1 League musim depan.
Selepas 15 tahun penantian, Tokyo Verdy berjaya kembali beraksi di pentas tertinggi Liga Jepun, namun begitu Pratama Arhan tidak dapat diturunkan untuk sekurang-kurangnya terpahat nama dalam sejarah pasukannya itu.