Dengar Suria

Sukan

Hanya bendera Malaysia dan Tajikistan dibenarkan, semak senarai barang dilarang bawa masuk stadium aksi final Pestabola Merdeka

PENYOKONG bola sepak yang hadir ke final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa diingatkan tidak membawa masuk sebarang bahan terlarang termasuk bendera negara lain yang tidak berkaitan dengan perlawanan itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, bahan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, penunjuk laser, mancis, pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras, payung dan tongkat dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.

“Dijangka seramai 45,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil dan semua pintu masuk stadium akan dibuka pada pukul 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%