Dengar Suria

Sukan

Hanya ada keturunan Malaysia melalui moyang, Mats Deijl tak jadi sarung jersi Harimau Malaya

KHABAR duka buat penyokong tanah air apabila pertahanan kelahiran Belanda, Mats Deijl tidak melepasi syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengesahkan bahawa pemain kelab Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

“Ia selepas berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang dan bukannya melalui datuk atau nenek seperti mana yang ditetapkan dalam syarat FIFA,” katanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%