TEKA-TEKI mengenai masa depan pemain kebangsaan, Brendan Gan masih belum dapat dipastikan selepas jodohnya dengan Selangor FC telah berakhir.
Pemain tengah berusia 36 tahun itu kini masih tidak mempunyai kelab selepas kontraknya dengan Selangor telah pun tamat. Usai berpisah dengan Selangor, terdapat beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Sebelum ini, Gan dikaitkan dengan beberapa kelab di Liga Super seperti Sabah FC. Namun begitu, khabar angin untuk bekas ketua pasukan Selangor itu kembali ke kelab lamanya dipadamkan oleh pengendali skuad Badak iaitu Datuk Ong Kim Swee.