NAMA tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan sudah lama tidak kedengaran dengan kali terakhir pemain itu tampil menyarung jersi Harimau Selatan adalah ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ALCE) menentang Shanghai Port pada 18 September 2024.
Ada laporan mengatakan pemain warisan Malaysia-England berkenaan kini dalam keadaan tidak pasti untuk kembali beraksi selepas dilaporkan mengalami kecederaan yang berpunca dari luar padang.
Kecederaan berkenaan menjadi misteri kerana ia bukan berpunca daripada tindakan di atas padang, sebaliknya lebih kepada insiden luar padang yang tidak dijelaskan secara terperinci.