BEKAS pemain beregu campuran negara, Goh Lui Ying kini memberi tumpuan penuh dalam usaha melahirkan bakat baharu badminton tanah air menerusi program pembangunan dan akademi bimbingannya, Olympian Badminton Academy.
Lui Ying optimis bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat dalam melahirkan generasi pemain pelapis, hasil komitmen terhadap pembangunan akar umbi.
“Memang kita tak perlu risau tentang pemain utama (pemain kebangsaan) kita sekarang. Apa yang penting ialah pembangunan bakat.