PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid mengalami kecederaan selepas didakwa menjadi mangsa samun, pada malam Khamis.
Difahamkan, dalam kejadian di Terengganu itu, Akhyar yang berusia 25 tahun menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) pada musim mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai selepas dipukul.
Menerusi video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.