KEJAYAAN meraih gelaran Pemain Terbaik MFL Challenge Cup selain muncul penjaring terbanyak pasukan tidak menjamin hubungan baik antara penyokong Selangor FC dengan penyerangnya, Ronnie Fernandez.
Ini kerana pemain dari Chile itu dilihat terlalu kerap mempersendakan penyokong sendiri setiap kali menjaringkan gol dengan menutup telinga sebagai isyarat dia berjaya mendiamkan setiap kritikan.
Sikap sedemikian mencetuskan rasa kurang senang daripada orang ramai yang berasakan penyerang itu akan mencalarkan keharmonian dalam pasukan meskipun dia tidak berbuat demikian ke arah rakan sepasukan.