PEMAIN sayap England, Jadon Sancho seolah-olah meluahkan perasaan gembira dan rasa kebebasan dalam ruangan komen pada Instagram peribadi Marcus Rashford selepas kedua-duanya dipinjamkan Manchester United.
Sancho meninggalkan komen ringkas ‘freedom‘ (bebas) pada gambar penyerang Manchester United, Rashford yang kini beraksi bersama Aston Villa, sementara Sancho pula dipinjamkan ke Chelsea.
Dalam hantaran tersebut, Rashford mengungkapkan terima kasih atas sambutan dan persembahan hebat selepas menjadi salah satu pemain yang membantu Aston Villa menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada pusingan keempat Piala FA Inggeris pada Isnin.