PRESTASI tidak menentu dalam Liga Super 2024/25 membuatkan penyokong Tok Gajah gusar menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 12 April depan.
Dalam lima perlawanan terakhir, Sri Pahang FC tidak mencatatkan sebarang kemenangan, termasuk mengalami kekalahan 1-5 di tangan Terengganu FC dalam aksi pada Khamis lalu
Lebih merisaukan lagi, skuad Tok Gajah dilaporkan akan turut kehilangan dua tonggak utama, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo yang masing-masing membawa impak besar dalam kempen Piala Malaysia mereka musim ini.