TEMPOH kendalian Pau Marti Vicente sebagai pengendali sementara Harimau Malaya akan diberikan sehingga kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada Khamis berkata, penilaian terhadap jurulatih Sepanyol itu akan dibuat berdasarkan persembahan pasukan.
“Pada September, kita akan dua perlawanan dan empat aksi lagi sudah dijadualkan pada Oktober dan November. Selepas itu, Harimau Malaya akan bersaing dalam Pestabola Merdeka,” katanya.