Dengar Suria

Sukan

Elak beri tekanan kepada atlet, Malaysia ambil langkah selamat sasar 27 pingat di Sukan Asia

KONTINJEN Malaysia mengambil langkah selamat dengan tidak mengumumkan sasaran Sukan Asia Hangzhou 2022 secara spesifik mengikut warna pingat buat kali pertama sejak beberapa dekad ini bagi mengelakkan tekanan kepada atlet.

Malah, pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas bagi temasya yang bakal berlangsung di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Chong Kim Fatt berkata, terjun, badminton, berbasikal trek, ekuestrian, hoki, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy, wushu dan e-sukan sebagai sukan yang diletakkan sandaran pingat pada kali ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%