KELAB Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais meletakkan majoriti skuad utama mereka dalam pasaran perpindahan bagi mencapai sasaran kewangan mereka sebelum berakhirnya jendela perpindahan, lapor akhbar Perancis, L’Equipe pada Khamis.
“Pengurusan Lyon baru saja mengeluarkan mesej dari sekarang, setiap pemain akan dijual selagi ada yang membayar harga yang bertepatan,” menurut akhbar itu.
“Kelab itu tidak mendedahkan pemain mana yang berada dalam senarai perpindahan.”