SELANGOR FC secara rasmi mengumumkan perolehan pemain tengah berbakat dari Chiang Mai, Thailand, Picha Autra, melalui kenyataan di laman Facebook rasmi pasukan pada hari Ahad.
Picha berusia 29 tahun menyertai naib juara Liga Super musim 2024/2025 itu dari Muangthong United FC, yang mana beliau telah mencatat 159 penampilan dan pernah dilantik sebagai kapten pasukan.
Beliau cukup dikenali dengan hantaran kaki kanan yang tepat serta pengaruh yang kukuh di tengah padang.