FERDY Druijf, pemain yang dicanang akan memperkuatkan Harimau Malaya menjelang perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026/Piala Asia 2027 dikhabarkan tidak lama lagi menjadi sebahagian keluarga skuad kebangsaan.
Selepas beberapa bulan dicanang menjadi pemain Harimau Malaya, proses dokumentasi bekas penyerang PEC Zwolle berkenaan dilaporkan sudah pun selesai. Ia selepas hantaran dari pemerhati bola sepak tempatan, Zulhelmi Zainal Azam.
“Dokumentasi seorang pemain warisan negara sudah selesai, posisi penyerang difahamkan Ferdy Druijf yang kini turut bergelar ejen bebas selepas kontraknya bersama SK Rapid juga sudah ditamatkan,” tulisnya di laman X pada Sabtu.