MALAYSIA kempunan untuk menduduki kedudukan lima terbaik dalam kalangan negara Asia Timur selepas dipintas Australia pada minit akhir mengikut kemaskini terbaharu ranking MA Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Dalam kemaskini yang dikeluarkan AFC pada Khamis, Malaysia sepatutnya berada di tempat kelima sebelum Australia memintas hasil persembahan Sydney FC dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Sydney yang beraksi di separuh akhir berdepan kelab Singapura, Lion City Sailors kecundang menerusi agregat 1-2 pada perlawanan kedua diadakan pada Rabu.