KEBELAKANGAN ini, berita tidak sahih sering membanjiri media sosial dengan ia direka hanya untuk menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembaca yang kadang-kadang menerimanya tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Kesan daripada perkhabaran palsu itu bukan hanya memberi kesan terhadap pembaca kerana individu yang terpalit dengan sesuatu kisah itu pasti akan ditanya mengenainya.
Hal itu dapat disaksikan apabila baru-baru ini, pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Fayadh Zulkifli Amin menjadi ‘mangsa’ terbaru kepada berita yang sengaja direka-reka berkenaan.