SEJAK ketiadaan Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez akibat kecederaan, perhatian kini lebih tertumpu ke arah Bergson da Silva sebagai penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dalam perlawanan peringkat kumpulan I AFC Champions League (ACL) menentang Kawasaki Frontale pada Selasa, pemain kelahiran Brazil itu gagal menjaringkan gol untuk membantu Harimau Selatan sekurang-kurangnya mengutip satu mata di halaman sendiri.
Meskipun JDT mempunyai lebih banyak ‘shots’ berbanding Kawasaki, namun ketangkasan Jung Sung-ryong berjaya mengagalkan percubaan Bergson untuk membolosi gawang gol pasukan lawan.