PENJAGA gol Liverpool, Caoimhin Kelleher dilaporkan enggan memperbaharui kontraknya di Anfield dengan dia mendapat perhatian daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) lain seperti Chelsea, Tottenham Hotspur, dan Newcastle United
Sebaliknya, kelab EPL yang kurang berprofil tinggi iaitu Bournemouth kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkan tandatangannya atas permintaan pengurus mereka, Andoni Iraola.
Pemain antarabangsa Ireland itu sering dipuji sebagai penjaga gol nombor dua terbaik dalam Liga Perdana, namun dia kurang mendapat peluang bermain kerana berada di belakang Alisson Becker sebagai pilihan utama.