MUSIM bola sepak di Malaysia sedang berehat dengan kelab-kelab semuanya sedang berusaha menyiapkan skuad bagi musim baharu.
Begitu juga dengan Sabah FC, mereka juga pasti dalam proses menyiapkan skuad untuk musim 2025/2026 selepas berjaya mendapatkan tempat ketiga dalam Liga Super.
Namun begitu, tiada cerita mengenai kemasukan pemain baharu. Sebaliknya, Sabah berkemungkinan akan kehilangan pemain kepada kelab luar negara.