USIA, status dan populariti seseorang pemain itu tidak menjamin sebarang kejayaan tanpa disiplin dan semangat juang tinggi dipamerkan sepanjang beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M).
Ditambah pula dengan kehadiran tenaga import dari liga luar, ia sedikit sebanyak mampu merencatkan prestasi pemain tempatan sekiranya gagal bersaing secara sihat untuk kekal relevan dalam kalangan peminat.
Namun, rekod cemerlang serta komitmen tinggi yang dipamerkan empat pemain ini wajar dijadikan topik perbincangan memandangkan ia bukanlah satu perkara yang mudah dicapai mana-mana pemain di Liga M pada hari ini.