KATA-KATA semangat daripada ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menjadi pencetus kebangkitan luar biasa pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya merangkul gelaran Kejohanan Badminton Asia 2024.
Pasangan yang kini menghuni ranking keenam dunia itu menebus kekecewaan tersingkir awal di All-England bulan lalu dengan menewaskan beregu tuan rumah, Chen Boyang-Liu Yi (ranking ke-16 dunia), dalam straight set 21-19, 21-17 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Ningbo, China, pada Ahad.
Kejayaan itu menamatkan penantian selama 18 tahun Malaysia untuk menyaksikan gelaran Asia kembali ke tanah air, selepas kali terakhir dimenangi oleh gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada tahun 2007.