SETIAP pemain bola sepak mempunyai pengalamat pahit sepanjang karier mereka dan episod hitam itu pasti masih segar dalam ingatan pemain berkenaan mahupun penyokong yang menyaksikan momen berkenaan.
Misalnya, bekas penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha yang pernah berkongsikan pengalamannya terlepas sepakan penalti ketika beraksi bersama bekas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menentang Sri Pahang FC.
Selepas kegagalan pemain yang mesra dengan sapaan Matyo itu dalam sepakan penalti untuk Harimau Selatan, ramai pemain seperjuangannya turut tampil membela Norshahrul dan menganggap ia adalah pengajaran terbaik untuk penyerang berkenaan.