BEKAS penyerang berbisa Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Radzak tampil meluahkan rasa kurang senang berikutan kenyataan yang dikongsikan oleh Azmeer Yusof pada Mac lalu.
Zaquan Adha dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Ahad mengajak bekas pemain Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC itu untuk bersemuka bagi menjernihkan keadaan.
Ia selepas Azmeer Yusof mendedahkan pernah menjadi mangsa buli dalam dunia bola sepak profesional pada awal kariernya.