AYRON del Valle sudah menjaringkan 16 gol sepanjang 21 penampilan dalam Liga Super.
Ya, itulah statistik penyerang berusia 34 tahun yang pernah digelar ‘scammer’ oleh penyokong Selangor awal musim lalu selepas tampil dengan prestasi hambar serta sering mempersia-siakan peluang apabila di hadapan gawang gol.
Mula menunjukkan belang ketika lawan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada 31 Mac lalu apabila dia menjaringkan dua gol serta melakukan satu assist dalam derbi Lembah Klang pertama buat dirinya.