PEMANGKU Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menjelaskan isu tunggakan gaji dialami KL City FC akan cuba diselesaikan pada minggu ini.
Menurutnya, laporan penuh mengenai perkara itu masih belum diterima, namun usaha untuk melangsaikan hutang kepada pemain dan staf pengurusan bakal diteruskan.
“Dalam minggu ini, selesailah gaji mereka, insya-ALLAh. Sebenarnya, duit geran daripada Dewan Bandaraya KL (DBKL) masih belum diterima.