NAMA Derrick Gan kini trending di media sosial selepas reaksinya pada menangis di Stadium Al Janoub, Qatar ketika pasukan kebangsaan meledak gol kedua menerusi jaringan penalti Arif Aiman Hanapi ketika mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia pada Khamis berjaya mencuri tumpuan seluruh dunia.
Bukan itu sahaja gelagatnya yang menangis kegembiraan itu turut menjadi bualan warga maya kerana dia sanggup menjual motosikalnya jenis Yamaha LC bagi membiayai perjalanannya ke Qatar.
Lebih dikenali sebagai ‘abang rambut perang’ dan ‘penyokong naturalisasi’ dalam kalangan warga maya, Derrick yang merupakan anak jati Melaka, pernah memuat naik satu iklan jualan motosikalnya pada 28 Disember lepas.