DALAM pada kecaman dan kritikan ‘pedas’ dihadapi Liridon Krasniqi pada musim ini, khidmat penyerang naturalisasi negara itu masih diperlukan beberapa kelab lain di Liga Malaysia (Liga M) bagi meneruskan cabaran musim depan.
Bakal berstatus ‘free agent’ pada penghujung tahun ini, pemain itu yang mewakili Terengganu FC secara pinjaman dari kelabnya, Johor Darul Takzim (JDT) dijangka akan meninggalkan pasukannya bagi menimba pengalaman baharu bersama kelab lain.
Tidak dinafikan, persembahannya pada musim ini sedikit meragukan dengan kegagalannya mempamerkan konsistensi dalam permainan, menjadikan namanya antara pemain kontroversi dalam skuad Penyu.